Pages

Sunday, 2 June 2013

Conteng Berhikmah

Alhamdulilah,syukur kepada ALLAH kerana dapat meneruskan lagi penulisan saya di blog ini.Untuk kali ini,saya ingin berkongsi kata-kata mutiara yang dipetik dari beberapa buku dan juga dari para pemikir.Ini juga sebagai perkongsian ringkas untuk memberi input dalam diri supaya lebih bersemangat dalam menempuh liku dunia agar boleh memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Kadang-kadang ilmu pengisian yang sedikit bermakna buat insan yang dahagakan ilmu allah yang luas ini. (^.^)

 -Indahnya hidup bukan kerana Seberapa Banyak orang yang mengenal kita, 
namun Seberapa Banyak orang yang berbahagia kerana kita.

-Dalam hidup ini mungkin kamu tak cukup baik bagi semua orang, 
namun kamu akan selalu jadi yang terbaik dimata keluarga dan sahabatmu.

-Tidak perlu anda berkata semua yang anda tahu,
tetapi anda perlu tahu apa yang anda ingin katakan.

-Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi 
jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

-Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari 
memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

-Orang yang paling bahagia ialah mereka yang merasa bahagia 
melihat orang lain bahagia.(Prof Dr. Muhaya)

-Anda hanya dekat dengan mereka yang anda sukai. Dan seringkali anda menghindari orang yang tidak tidak anda sukai, padahal dari dialah Anda akan mengenal sudut pandang yang baru.

-Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki saat ini,
kerana masih banyak orang di sekeliling kamu yang masih kurang beruntung.

-Bukanlah kesabaran jika masih ada batasnya,
dan bukanlah keikhlasan jika masih merasa sakit hati.

-Cemburu bererti kamu takut kehilangannya,
tetapi cemburu yang berlebih akan membuat kamu kehilangannya.






Saturday, 4 May 2013

PRU 13,kencang dan hebat?



Seperti yang diketahui umum,bahawa Negara Malaysia sekarang hangat bukan dengan cuacanya tetapi hangat akan bahang pilihan raya umum yang ke 13.Setiap parti yang  yang bertanding tidak kira kerajaan mahupun parti pembangkang giat dalam menjalan kempen untuk PRU 13.Kalau dilihat di sekeliling jalan pasti segenap ruang itu dipenuhi dengan warna bendera parti yang bertanding.Tarikh 5 mei 2013 menjadi satu detik buat rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin unuk mentadbir Negara.Tarikh itu dipilih untuk rakyat dalam proses pembuangan undi bagi parlimen atau dun masing-masing.Oleh yang demikian,kita sebagai rakyat haruslah bijak dalam memilih pemimpin bagi mentadbir Negara Malaysia ini.Selain itu,suasana kempen yang aman serta pembuangan undi yang berjalan lancar diharapkan berlaku pada tarikh tersebut.Biarpun kita ini di mana parti sekalipun diharap politik yang bersih dan telus diamalkan tanpa ada sebarang provokasi.Walaupun hidup dengan berlainan parti diharap kita dapat duduk semeja dan tidak ada perbalahan sesama sendiri. Oleh itu saya bawakan sedikit video dan gambar yang berkaitan dengan kehangatan PRU 13 yang akan tiba ini.


 









Sebagai pengakhiran kata, saya berharap agar rakyat bijak memilih pemimpin dan yang terbaik itu pilihlah pemimpin yang memberi kesejahteraan dan menaikkan agama islam serta pemimpin yang memimpin berlandaskan syariat islam tanpa ada korupsi atau sebarang kezaliman terhadap rakyat. Jadikan manifesto parti itu, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang sebagai medium memilih yang mana membawa kesenangan dan kesejahteraan Negara di masa akan datang berbanding yang menjatuhkan ekonomi Negara kita di masa hadapan. 



Saturday, 13 April 2013

Kajian Lawak



Alhamdulilah setelah sekian lama tidak mengemaskini blog,saya tampil untuk berkongsi satu kajian mengenai pelajar gagal dalam peperiksaan.Apabila terbaca mengenai kajian ini pasti terukir senyuman didalam diri anda.Ketika bermain
 FACEBOOK saya terjumpa dengan kajian ini,jadi lebih elok jika dikongsi bersama tidak kira siapa yang pernah melihat atau tidak.Saya mengangap kajian ini sebagai pengukir senyuman dan membuat diri berada dalam kelihatan ceria ketika membaca kajian ini.jadi berusaha dalam melakukan perkara di atas dunia agar bahagia di akhirat kelak.(peringatan buat diri dan anda sekalian)..... (^.^)






{KAJIAN LAWAK - PELAJAR GAGAL DALAM EXAM??}


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,


Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!


Hari Minggu

52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.


Hari Cuti Umum

Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester

Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.


Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.


Beribadat

Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.


Bermain

Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.


Makan 

Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.


Berborak

Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.


Sakit

Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.


Peperiksaan

Peperiksaan itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.


Refreshing

Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.


Melayari Internet

Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.


Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!..HEHEHE



"GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMANYA". 





Sunday, 10 March 2013

Madah Berhikmah 2

Setelah lama tidak mengemaskini blog saya,hari ini saya akan meneruskan POST mengenai madah berhikmah.Sebelum ini saya pernah buat POST tentang madah berhikmah.Hari ini saya akan sambung untuk madah berhikmah 2 bagi memeperluaskan ilmu dan karya dari tokoh agama dan individu tertentu.Jadikanlah madah kata ini sebagai teladan buat diri kita agar menjadi insan yang berguna buat agama,keluarga dan negara.Biarpun diri ini sering dilanda badai dengan ujian,hadapilah degan tenang dan anggaplah pasti ada hikmah disebalik ujian itu.Anggaplah kata-kata yang disampaikan dalam gambar ini sebagai penguat diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba allah di diunia ini.Kuatkanlah diri kita dan pertingatkan amalan agar kelak melayari bahtera ke akhirat dalam keaadaan tenang dan bahagia di samping syurga yang diidamkan.
















JADI MUSLIM YANG SEJATI,
UNTUK ISLAM YANG SUCI.

Tuesday, 19 February 2013

Cetusan Malam Hari


Setiap manusia dijadikan ALLAH pasang-berpasangan.Sepertimana kejadian terciptanya manusia pertama bernama Adam A.S,Tuhan lengkapkan hidupnya bersama Hawa.Hawa dicipta dari tulung rusuk Adam,bukan dari kepala untuk dijunjung,bukan juga dari kaki untuk di alas tetapi dari tulang rusuk berdekatan dengan tangan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai.Begitu indah terciptanya Nabi dan juga insan pertama di dunia iaitu Adam dan Hawa sehingga ke generasi nabi Muhammad.Dalam kisah kasih sayang nabi Muhammad,betapa kasihnya nabi terhadap isterinya Siti Khadijah biarpun ia pergi dahulu menghadap Ilahi,tetapi kasihnya masih terpahat di dalam hati nabi dan menyangjungi isterinya itu.Diteruskan pula, dengan percintaan Fatimah Az Zahra dan Sayidina Ali.betapa kasihnya Fatimah terhadap Saidina Ali dan berjuang seiring dengannya  dalam menegakkan islam yang dicintai.


KASIH DAN SAYANG,
CINTA DAN MENCINTAI.


Dalam konteks semasa,dunia dari hari ke hari semakin maju dibuai arus peedaran zaman.Pembangunan pesat membangun sana sini,pelbagai jua transformasi dalam dunia siber ini.Tatkala dalam percintaan pun sudah berubah dari menulis surat ke email dan sekarang FACEBOOK menjadi perantaraan komunikasi percintaan.Bertambah majunya transformasi teknologi,terhasil pula SKYPE bagi memudah pasangan yang hanya bercinta siber berbual melalui maya secara (face 2 face).Itulah tuhan ciptakan dalam diri setiap insan yang tercipta di dunia saling mencintai antara satu sama lain.Tidak lengkap lelaki tanpa perempuan,jantan tanpa betinanya.Tak kira apa jua kehidupan di dunia pasti berpasangan dari binatang,tumbuhan sehinggalah ke manusia.Dalam percintaan kita jua jangan leka dibawa arus kealpaan dunia sahaja tanpa memikirkan batas agama.Sehebat mana cinta kita kepada makhluknya  hebat lagi cinta kita kepada Pencipta makhluk itu perlu dicapai.

Jadi dalam hal ini ,jadikan Allah dan Rasul sebagai cinta utama kita dan seterusnya diikuti cinta dan kasih kepada dua insan yang bermakna buat kita iaitu ibu dan bapa.Tanpa pengorbanan mereka siapa kita di dunia.hargailah selagi ia masih ada.(^.^)


Bermakna Untuk Difahami...



Saturday, 16 February 2013

Bangkit Dan Bangun

Alhamdulilah sudah masuk POST saya yang ke 10.Dalam menyebarkan ilmu ini kita perlu pelbagai cara untuk berkongsi agar orang yang membaca tertarik akan apa yang disampaikan.Untuk kali ini saya ingin berkongsi satu video dari vlogger youtube terkenal iaitu ABG MAT LUTHFI(heheheheh....hormat).Saya peminat video-video ABG MAT LUTFI dan mengikutinya.bagi saya idea dalam setiap video yang di muat turunnya adalah idea yang segar untuk dikongsi dan dijadikan sebagai pengajaran buat diri.Bagi saya video kali yang bertajuk "HARI JUBAH" dapat memberi banyak kesan dalam diri supaya kuat semangat dan terus bangkit dari kegagalan.Dalam video itu juga banyak kata-kata yang boleh dijadikan sebagai penguat dalam diri kita untuk bangkit dari kegagalan.Jangan kita berasa dunia sudah berakhir andai kita gagal.itu tidak memberi makna kepada diri kita kerana allah pasti akan menguji hambanya supaya taat akan perintahnya.Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan buat diri kita untuk berjaya di masa hadapan kelak.




"HARI JUBAH"




Di sini saya sertakan kata-kata indah untuk memberi semangat dalam diri kita andai diri menghadapi kegagalan supaya lantas bangkit untuk berjaya.INGAT ILMU DAN REZEKI ALLAH ITU LUAS.
Jadikan ilmu yang ada sebagai jalan kita mencari rezeki di dunia dan disamping beribadah mengingati allah agar di akhirat diterima jua syurga yang diidamkan.







(BANGKIT BILA DITOLAK JATUH BANGKIT SEMULA)
*lirik lagu Bangkit Altimet Feat Salam

Wednesday, 6 February 2013

Madah Berhikmah

Sudah lama tidak mengemaskini blog saya.Hari ini saya tampil untuk kongsikan madah kata dari tokoh agama dan pelbagai individu untuk dijadikan sebagai peringatan bersama.Saya berharap agar madah yang disampai penuh memberi hikmah dalam diri kita agar kelak menjadi insan yang terbaik buat agama,negara dan keluarga.Apa yang paling penting sejauh mana kita mencapai kejayaan atau pun matlamat dalam diri,pokok dan pangkalnya adalah agama dan keluarga.Saya mengambil kata-kata ini dan memilih yang terbaik untuk dijadikan panduan buat diri.













SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT