Pages

Tuesday 22 September 2015

Menyingkap Makna Ibadah Korban

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah untuk kali ini suka saya ingin berkongsi berkaitan dengan satu ibadah yang akan disambut kita setiap 10 Zulhijjah bersamaan 24 September 2015 (Khamis).Moga perkongsian dari web IKIM ini dapat memberi kefahaman buat diri dan pembaca dalam memaknakan ibadah korban yang sebenar dan perkaitan dalam kehidupan seharian kita.Saya berharap agar setiap pembaca dapat menghayati dalam diri erti pengorbanan (tadhiyyah) dalam diri dalam kita membantu meluaslebarkan syiar Islam ke seluruhnya.InsyaAllah... 



Hikmah di Sebalik Sambutan Aidil Adha
  


Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.
Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.
Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.
Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.
Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.
Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.
Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Cuba perhatikan, banyak pergolakan di dunia yang berlaku kebanyakannya ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati antara golongan yang lemah yang tidak mempunyai kecukupan dalam kehidupan serta menderita kelaparan, terhadap mereka yang hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Oleh kerana itu, umat Islam wajib untuk memikir dan memperhatikan nasib golongan ini, dan inilah di antara hikmah penyembelihan korban yang mulia.
Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.
Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata. Pada saat itu, mereka merasakan ikatan ukhuwah sesama agama Islam begitu erat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, bangsa, budaya dan tempat asal mereka. Semoga tetamu Allah kali ini mendapat haji yang mabrur, yakni haji yang diterima. Haji yang ganjarannya dihapuskan seluruh dosa dan layak memasuki syurga.



http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7820-hikmah-di-sebalik-sambutan-aidil-adha

"MENHAYATI IBADAH KORBAN,MENYEMAI KETAKWAAN"

Monday 31 August 2015

Merdeka :Sudut Pandang Islam

SEHATI,SEJIWA

Disaat negara hari ini menyambut sambutan kemerdekan yang ke 58,terdetik dalam diri untuk mengemaskini blog untuk tatapan pembaca.Kali ini perkongsian lebih terjurus kepada menghayati atau memahami konsep kemerdekaan dalam sudut pandang agama Islam.Biarlah diri sentiasa menjadi Islam panduan dan Al-quran serta hadis sebagai rujukan dam kehidupan seharian.Moga yang sedikit dapat memberi yang terbaik buat diri kita dam meniti merdeka dari jahiliyyah dan pelbagai yang menghalang memperoleh redha Allah.InsyaAllah....



HAKIKAT KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang hanyalah untuk sesuatu yang dinamakan kemerdekaan. Tetapi hingga kini, masih ramai dikalangan bangsa yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan.Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk beragama dan tunduk kepada Allah Ta'ala dengan penuh ketenangan.

Berjihad dan berkorban dengan jiwa dan raga untuk memerdekakan negara dari belenggu penjajahan adalah di antara sifat-sifat yang mulia dan disanjung tinggi oleh Islam. Oleh itu, dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita , generasi yang hidup di zaman ini janganlah melupakan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Disebabkan cetusan semangat para pejuang inilah maka kita dapat hidup di zaman ini dan merasai nikmat perjuangan mereka. Justeru itu, sebagai umat yang berhemah tinggi dan berakhlak, kita merasa terpanggil untuk menghormati dan mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup atau yang telah gugur di medan perjuangan.
Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Islam menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka daripada belenggu jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala, membebaskan diri daripada perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh. 

Islam dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan semuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat semasa perkembangan awal Islam di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah membawa kemakmuran kepada Negara Madinah dan memerdekakan Kota Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy. Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin  yang banyak memerdekakan negara dari cengkaman kekufuran.
Islam juga yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam talah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.

Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya yang bermaksud:
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

Justeru itu, umat Islam hendaklah sentiasa berazam untuk membebaskan diri  daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan wibawa kamanusiaan kerana sifat-sifat yang demikian itu amat dimurkai Allah dan akan hanya menyebabkan manusia terpenjara di bawah arahan nafsu dan telunjuk syaitan. Dan lebih jauh dari itu, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah Ta'ala agar mendapat keredhaanNya dan terlepas daripada siksaan api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan. Inilah dia nilai sebenar kemerdekaan yang diajarkan oleh agama kita.
Wallahu a'lam.


http://www.al-azim.com/masjid/hakikatmerdeka.html

"MERDEKA DARI AHILIYYAH,AGAR KELAK DIREDHAI ALLAH"

Monday 27 July 2015

27 Julai Dalam Sejarah

HARI INI DALAM SEJARAH



PILIHANRAYA PERSEKUTUAN YANG PERTAMA

Tarikh Peristiwa pada 27-07-1955



Pada hari ini dalam tahun 1955 pilihanraya persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan. Di antara parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah:

(a) Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang baru menyertainya. Parti Perikatan mempertandingkan seramai 52 orang calon, seorang bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya.
(b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon.
(c) Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon.

Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak (kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu. Mereka telah meletakkan 18 orang calon di antara mereka, 18 orang calon lagi telah bertanding sebagai calon bebas. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS. la adalah satu kemenangan yang gemilang bukan hanya dari segi bilangan kerusi yang telah dimenangi tetapi ia juga menandakan hakikat bahawa di setengah-setengah kawasan pilihanraya bilangan pengundi yang terbanyak merupakan orang Melayu tetapi calon-calon bukan Melayu yang diletakkan oleh Parti Perikatan telah menang. Ini membuktikan bahawa konsep Perikatan boleh dilaksanakan dan diterima baik oleh rakyat. Satu perkara yang menarik perhatian ialah bahawa 84.2% daripada para penggundi terdiri daripada orang Melayu dan orang Melayu boleh memenangi 95% daripada kerusi yang dipertandingkan. Kerana perasaan muhibbah, persefahaman dan penerimaan konsep Perikatan, 32% daripada kerusi yang dipertandingkan telah diberi kepada calon-calon bukan Melayu dan MCA dan MIC. Sesungguhnya, semangat yang sama inilah yang membuat Parti Perikatan menjadi sebuah pertubuhan politik yang sangat berjaya. Di atas semangat kerjasama dan muhibbah ini terletaknya kekuatan negara.Berikutan dengan ini Parti Perikatan telah berjaya membentuk sebuah kerajaan dengan mendapat suara terbanyak dalam Majlis Undangan Persekutuan. Pemimpin Perikatan, Tunku Abdul Rhaman telah diangkat sebagai Ketua Menteri. Menteri-menteri yang dipilih dalam Kabinet adalah bertanggungjawab mengendalikan perkara-perkara tertentu seperti pelajaran dan kesihatan. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan British masih terus menguasai hal-hal seperti hubungan luar, pertahanan, kewangan dan perkhidmatan awam. Sistem pemerintahan dua lapis ini adalah satu langkah menuju ke arah pencapaian berkerajaan sendiri. Pilihanraya Persekutuan ini telah memulakan satu era baru dalam perkembangan politik di Malaya, di mana ia mengalami pergerakan ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru dan mewujudkan sebuah negara yang merdeka.

Sumber : http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=4017



Wednesday 13 May 2015

Bicara Hati Kecil

Assalamualaikum, Salam sejahtera

Setelah hampir sebulan tidak mengemaskini blog ini,kembali semula dengan menitip beberapa bait yang menjadi hobi dalam menyedarkan diri dan dikongsi bersama pada kalian.Moga apa yang lahir sebagai petunjuk buat diri dalam mengubah landskap hidup ke arah lebih baik dalam mencari Redha Allah yang sebenar.


Di saat diri ini menulis dan dibaca kalian diluar sana.
kenal atau tidak kita biarlah Tuhan yang mengertinya,
saat diri ini terpaku melihat gelagat semasa,
tenat dunia usah difikir saat pengakhir sengsara,

Risalah nabi diperjuang berkurun lama,
peyambung demi peyambung lahir mengubah suasana,
saat khalifah ditumbang lenyap ISLAM seketika.
masa dunia bangkit lesu dikejar arus moden negara,

Ayuh umat Islam seluruhnya,
bangkit dan tegak ISLAM semula,
berjuang hingga titis terakhir,
demi menjulang kesedaran umat terhadap agama.

Kusampaikan bait ini untuk cerminan diri,
mengubah landskap menjadi harmoni,
agar kelak ditanya Apa tugas pada islam ini,
dakwah dan sebar selagi kudrat diisi.



"1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan".

Wednesday 4 March 2015

MURABBI UMMAH

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari saya akan mengemaskini dan berkongsi sedikit rasa hati ini kepada ummat moga bermanfaat beberapa berita atau khabar yang berlalu sebelum ini..insyaAllah
Ketika mana tarikh 12/2/2015,seusai saya pulang dari kuliah maghrib di kawasan berdekatan.Ibu dan ayah memberitahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pergi menghadap ilahi.Terkelu lidah seketika dimana seorang murabbi ummah terkenal dengan sifat sopan santun walaupun diri tidak sempat bertemu Allahyarham tetapi telinga dan mata kurniaan sudah cukup menilai positif dan kebaikan.Moga Tenang di sana dan syurga pasti menanti saat di dunia bermujahadah dalam menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini.Di bawah ini status ringkas dari hati kecil moga dapat diri berjuang menyambung risalah nabi dalam menyebar dakwah demi menegakkan agama Islam..InsyaAllah...


Status : Perginya Murabbi Ummah/ Allahu akbar.


Bicara hati yang hidup pasti kembali.
Tatkala hari penuh mulia,

jasadmu pergi meninggal berjuta makna,
teruskan perjuangan dalam menegakkan agama,
andai hilang satu muncullah beribu menyambungnya.
tak kira agama atau bangsa,
pasti menangisi permergiannya,

tertarik diri akan pamer akhlaknya,
cukup bersifat membuat ramai selesa,
tenang mengharungi onak dan cabaran agama,
demi tujuan mencari Redha Pencipta.


diri ini terkelu berkata walaupun tidak mengenali beliau secara bersemuka,mendengar bicara yang pernah berjumpa,cukup mengambar insan ini terbaik pernah lahir di kalangan ummah semasa..Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemadilah tenang dan damai di sana,sungguh jannah dan Redha Pencipta pasti bersama..





Hilang Habuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..kembali semula dalam laman blog saya ini setelah sekian lama menyepi dan hilang dek memberi penumpuan dalam pelajaran dan taklifan dari Allah untuk disempurnakan.dah rasa berhabuk blog saya nii kalo nak diikutkan hampir 6 bulan meninggalkan dunia blog nii..InsyaAllah saya akan kembali semula dalam mengemaskini dakwah tebaru melalui penulisan dari saya. TERIMA KASIH kepada yang sudi membaca blog saya..moga bermanfaat untuk kita dan sampaikan kepada semua di luar sana..


TERBAIKKKK!!!!!....(ALHAMDULILLAH)


 al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna berkata:
“Jadilah kamu seperti pokok buah-buahan, manusia membalingnya dengan batu tetapi dia menggugurkan buah-buahan kepada mereka.”







DIHARAP BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA DALAM MENCARI REDHA ALLAH..
SEBAR DAKWAH DEMI UMMAH..
(PENULIS KUTIPABJAD)

Monday 29 September 2014

KISAH SEBUAH RUMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya. Sudah lama tidak mengemaskini blog saya dan hari ini ada satu perkongsian yang saya petik dari status FB seorang ustaz iaitu Dato Tuan Ibrahim Bin Tuan Man. Moga pembaca sekalian dapat mengambil pengajaran dari kisah dan dapat dikongsi bersama buat rakan lain.InsyaAllah..moga apa yang terbaik manfaat buat diri dalam menyebar serta menegakkan agama Islam.


Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. 

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. 

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. 

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. 

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna,“ jawab dinding dan semua tersenyap.

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain. 

Senyum.