31/12/2012 bersamaan 18 safar 1434 genap setahun bagi tahun 2012.Jadi
pelbagai azam mesti dihajati oleh kita semasa tahun 2012 samaada ingin
berjaya,mendapat sesuatu hadiah dari sesorang yang tersayang dan melakukan
perkara yang dapat mengubah diri menjadi lebih berketrampilan.Tak kira kira
apapun azam yang ingin dicapai,jadi selaku umat Islam yang penting ialah taat
akan perintah allah serta meninggalakan apa yang dilarang (peringtan buat diri
dan semua pembaca blogger ini).
Jadi seperti biasa saya akan berkongsi sejarah yang berlaku di sebalik 31 disember :
PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pada hari ini dalam tahun 1932, buat kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah buat kali pertama dari jam 11.40 minit malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Namun pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Sewaktu pemerintahan Jepun, waktu Tanah Melayu ditukar lagi mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal. Waktu tersebut digunakan hingga tamatnya pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1945. Waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehingga 31 Disember 1981 apabila kerajaan Malaysia dengan rasminya telah mempercepatkan waktu Malaysia sebanyak 30 minit. Langkah itu diambil untuk menyeragamkan waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikutan perubahan itu, waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan waktu Malaysia kepada 8 jam awal dari waktu Greenwich. Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia.
BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK TUJUH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Pada hari ini 31.12.1960, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan kepada tujuh buah Sekolah Agama Rakyat Cawangan Al-Ulum Batu 20, Telok Anson. Ketika menyampaikan berita tersebut, Ustaz Salleh Othman selaku Pegawai Perhubungan sekolah-sekolah Agama Rakyat Persekutuan menjelaskan bahawa bantuan tersebut diberikan bagi tujuan memajukan lagi sekolah-sekolah agama di Persekutuan. Beliau juga memberitahu bahawa 70% daripada bantuan itu adalah untuk membayar gaji guru-guru sementara 30% lagi adalah untuk kemajuan sekolah. Untuk memperolehi bantuan tersebut sekolah-sekolah berkenaan hendaklah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Di antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi ialah:
- membuat peraturan sekolah
seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan.
- belajar 196 hari setahun
- murid-murid dicampurkan bagi
mengatasi masalah kekurangan guru sekiranya murid di asingkan mengikut
jantina.
- guru dan ibubapa sanggup
bekerjasama untuk kemajuan pelajaran dan sekolah.
Bantuan yang diberikan ini sesungguhnya menunjukkan
bahawa kerajaan Persekutuan turut melaksanakan usaha ke arah memajukan lagi
sekolah-sekolah Agama Rakyat.
Jadi ini sekadar perkongsian saya hari ini semoga 2012 lebih bermakna buat semua dan 2013 yang datang adalah pemangkin semangat dalam diri untuk menjadi umat terbaik di dunia dan akhirat.
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
No comments:
Post a Comment