Pages

Friday 21 June 2013

Pahrol Mohd Juoi:Madah Inspirasi

Alhamdulilah,syukur sekali lagi dapat meneruskan penulisan dalam blog saya ini.Untuk kali ini saya ingin meneruskan dengan berkongsi madah  inspirasi dari seorang yang terkenal iaitu Ustaz Pahrol Mohd Juoi.Madah yang disampaikan beliau ini diambil dari Muka Bukunya dan dipilih yang terbaik buat diri untuk dikongsikan.Madah yang segar ini sekadar perkongsian buat diri dan pembaca blog ini agar kita boleh melakukan anjakan yang sihat dalam diri untuk sentiasa ingat akan Pencipta kita.(^.^)

- Jika dikhianati, hanya jarakan tapi jangan sesekali memutuskan.

- Apabila ingin memilih warna, jenis kain, corak fesyen dan pelbagai aksesori untuk menutup aurat ingat dulu apa TUJUAN kita menutup aurat!

- Selagi diri merasa sudah baik kerana sudah berbuat baik... kita sebenarnya belum baik!

-Apabila ditanya sampai bila hendak berbuat baik? Jawablah, "sampai bila-bila."
Jika ditanya lagi,berapa lama?Jawablah,"selama-selamanya."(antara madah inspirasi diri)(Y)

-Bahagia itu terletak pada hati yang tenang, yang mampu dimiliki oleh sikaya dengan syukurnya dan simiskin dengan sabarnya...

-Hidup adalah satu proses yang dinamik, bukan satu hentian yang statik. Selagi belum ajal selagi itulah ada peluang untuk memperbaiki kesilapan lampau.

-Allah tidak 'letih' menguji manusia kerana Allah tidak pernah letih menyayangi manusia!

-Memberilah walau sekadar senyuman atau doa yang baik.... insyaAllah mentari hati akan bersinar kembali!

-Seorang pendakwah telah berdakwah sekian lama, tetapi masyarakatnya tetap tidak berubah. Anehnya dia terus berdakwah. Ketika ditanya, "mengapa terus berdakwah sedangkan masyarakat mu tidak berubah?" Dengan pantas dia menjawab, "agar aku tidak diubah oleh masyarakat!"

-Apabila bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... itulah tandanya cintamu benar-benar kerana Allah!

-Jika benar cinta, cintailah orang yang dicintai oleh orang yang kita cintai!

-Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati.








Sunday 2 June 2013

Conteng Berhikmah

Alhamdulilah,syukur kepada ALLAH kerana dapat meneruskan lagi penulisan saya di blog ini.Untuk kali ini,saya ingin berkongsi kata-kata mutiara yang dipetik dari beberapa buku dan juga dari para pemikir.Ini juga sebagai perkongsian ringkas untuk memberi input dalam diri supaya lebih bersemangat dalam menempuh liku dunia agar boleh memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Kadang-kadang ilmu pengisian yang sedikit bermakna buat insan yang dahagakan ilmu allah yang luas ini. (^.^)

 -Indahnya hidup bukan kerana Seberapa Banyak orang yang mengenal kita, 
namun Seberapa Banyak orang yang berbahagia kerana kita.

-Dalam hidup ini mungkin kamu tak cukup baik bagi semua orang, 
namun kamu akan selalu jadi yang terbaik dimata keluarga dan sahabatmu.

-Tidak perlu anda berkata semua yang anda tahu,
tetapi anda perlu tahu apa yang anda ingin katakan.

-Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi 
jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

-Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari 
memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

-Orang yang paling bahagia ialah mereka yang merasa bahagia 
melihat orang lain bahagia.(Prof Dr. Muhaya)

-Anda hanya dekat dengan mereka yang anda sukai. Dan seringkali anda menghindari orang yang tidak tidak anda sukai, padahal dari dialah Anda akan mengenal sudut pandang yang baru.

-Bersyukurlah atas apa yang kamu miliki saat ini,
kerana masih banyak orang di sekeliling kamu yang masih kurang beruntung.

-Bukanlah kesabaran jika masih ada batasnya,
dan bukanlah keikhlasan jika masih merasa sakit hati.

-Cemburu bererti kamu takut kehilangannya,
tetapi cemburu yang berlebih akan membuat kamu kehilangannya.