Pages

Monday 31 December 2012

31/12/2012 ---> 1/1/2013


31/12/2012 bersamaan 18 safar 1434 genap setahun bagi tahun 2012.Jadi pelbagai azam mesti dihajati oleh kita semasa tahun 2012 samaada ingin berjaya,mendapat sesuatu hadiah dari sesorang yang tersayang dan melakukan perkara yang dapat mengubah diri menjadi lebih berketrampilan.Tak kira kira apapun azam yang ingin dicapai,jadi selaku umat Islam yang penting ialah taat akan perintah allah serta meninggalakan apa yang dilarang (peringtan buat diri dan semua pembaca blogger ini).




Jadi seperti biasa saya akan berkongsi sejarah yang berlaku di sebalik 31 disember :

PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1932,   buat  kali   pertama   waktu Persekutuan Tanah Melayu   telah  diubah  buat  kali  pertama  dari  jam  11.40 minit  malam  kepada  jam  12.00  malam.  Perubahan  waktu  ini  menjadikan  waktu  Persekutuan  Tanah  Melayu  7  jam  20  minit lebih awal  dari  Waktu  Greenwich.  Namun  pada  1  September  1941,  sekali  lagi  waktu  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah diubah dengan dipercepatkan  10  minit  bagi  menyelaraskan  waktu  tempatan  dengan waktu  antarabangsa.  Sewaktu  pemerintahan  Jepun,   waktu  Tanah Melayu  ditukar  lagi  mengikut  waktu  Tokyo  iaitu  2  jam  lebih  awal.  Waktu  tersebut  digunakan  hingga  tamatnya  pemerintahan  tentera Jepun  pada  tahun  1945.  Waktu  Persekutuan  Tanah  Melayu  digunakan  semula  sehingga 31  Disember  1981  apabila  kerajaan  Malaysia dengan  rasminya  telah mempercepatkan  waktu  Malaysia  sebanyak  30  minit.  Langkah  itu  diambil  untuk  menyeragamkan  waktu  di antara  Sabah,  Sarawak  dan  Semenanjung.  Berikutan  perubahan  itu,  waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan  waktu  Malaysia  kepada  8  jam  awal  dari  waktu  Greenwich.  Sesungguhnya  peristiwa  perubahan waktu  ini  memberi  erti yang  besar  dan  bersejarah  kepada  rakyat  Malaysia.

BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK TUJUH SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Pada hari ini 31.12.1960, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan kepada tujuh buah Sekolah Agama Rakyat Cawangan Al-Ulum Batu 20, Telok Anson. Ketika menyampaikan berita tersebut, Ustaz Salleh Othman selaku Pegawai Perhubungan sekolah-sekolah Agama Rakyat Persekutuan menjelaskan bahawa bantuan tersebut diberikan bagi tujuan memajukan lagi sekolah-sekolah agama di Persekutuan. Beliau juga memberitahu bahawa 70% daripada bantuan itu adalah untuk membayar gaji guru-guru sementara 30% lagi adalah untuk kemajuan sekolah. Untuk memperolehi bantuan tersebut sekolah-sekolah berkenaan hendaklah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Di antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi ialah:
  • membuat peraturan sekolah seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan.
  • belajar 196 hari setahun
  • murid-murid dicampurkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru sekiranya murid di asingkan mengikut jantina.
  • guru dan ibubapa sanggup bekerjasama untuk kemajuan pelajaran dan sekolah.
Bantuan yang diberikan ini sesungguhnya menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan turut melaksanakan usaha ke arah memajukan lagi sekolah-sekolah Agama Rakyat. 




Jadi ini sekadar perkongsian saya hari ini semoga 2012 lebih bermakna buat semua dan 2013 yang datang adalah pemangkin semangat dalam diri untuk menjadi umat terbaik di dunia dan akhirat.


Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
  

Wednesday 12 December 2012

12 disember 2012

Hari ini sungguh indah buat semua kerana susunan nombor yang menarik. Sungguh indah buat yang lahir pada 12 disember kerana tahun 2012 mereka dapat menyambut hari lahir di tarikh yang menarik.Buat yang di luar sana yang lahir pada 12 disember semoga panjang umur dan murah rezeki.





Antara peristiwa yang berlaku pada tarikh  12 haribulan 12 :

HARI PELAWAT,PERSATUAN JAMBORI KEBANGSAAN PERATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA  

Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah di antara beberapa pertubuhan yang terawal bertapak di negara ini, yang mana bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada suatu pertubuhan sukarela, dan dapat menyumbangkan tenaga mereka ke arah perpaduan dan kesejahteraan hidup di samping membantu di dalam kerja-kerja amal kepada masyarakat. Pada hari ini 12.12.1981 Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahatir Mohamad, telah sudi merasmikan Majlis Hari Pelawat, Jambori Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia, bertempat di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang Selangor. Jambori tersebut diadakan selama 1 minggu di Kem Indah, Universiti Pertanian Malaysia merupakan tempat yang paling sesuai kerana dikelilingi kehijauan alam semulajadi. Suasana sebegitu dapat memberikan kedamaian dan ketenangan jiwa kepada para peserta. Setiap negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak telah menghantar perwakilan masing-masing, di samping beberapa orang peserta dari luar negara juga turut serta memeriahkan lagi Jambori ini.
Matlamat utama Hari Pelawat, Jambori Kebangsaan itu diadakan ialah :-
  1. Memberi peluang kepada ahli-ahli Pandu Puteri untuk betukar-tukar fikiran dan pendapat sambil mempelajari dan mendalami cara hidup masing-masing yang berlatar-belakangkan cara hidup dan kebudayaan yang berlainan.
  2. Memupuk disiplin dan semangat toleransi serta persefahaman di kalangan Pandu Puteri.
  3. Mendedahkan ahli-ahli Pandu Puteri ke arah meningkat dan mengeratkan lagi perhubungan dan jalinan persaudaraan di kalangan masyarakat antara negara.
  4. Memberi pengalaman-pengalaman baru dan membantu untuk memahami secara lebih mendalam peranan ahli-ahli di dalam pergerakan Pandu Puteri di dalam Masyarakat.
Dato’ Seri Dr. Mahathir berkata bahawa usaha-usaha yang bersepadu yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Pandu Puteri akan memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan masyarakat dan negara. Sesungguhnya dengan adanya jambori kebangsaan pada hari ini telah membuka minda para peserta, bahawa betapa pentingnya bergiat dalam sebarang persatuan, demi untuk mengelakan gejala-gejala sosial yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

FRANK SWEETNHAM MENAMATKAN TUGASANYA SEBAGAI RESIDEN GENRAL NEGERI-NEGERI MELAYU

 Pada hari ini dalam tahun 1901, Frank Swettenham telah menamatkan tugasnya sebagai residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. Beliau telah memulakan perkhidmatan pada 1 Januari 1901 sebagai Residen General pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1896. Sebelum beliau dilantik sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau juga pernah memangku dan memegang jawatan Residen Selangor dari 2 Oktober 1882 sehingga 31 Mei 1889. Beliau turut memangku jawatan Residan Perak pada masa yang sama juga iaitu dari 22 Mac 1884 sehingga Januari 1886.  Manakala dari 1 Jun 1889 hingga 30 Jun, Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Perak. Beliau kemudiannya telah digantikan oleh W.H. Treacher yang mula bertugas pada 13 Disember 1901. Sesungguhnya, penamatan tugas Frank Swettenham sebagai residen general telah membolehkan beliau bekerja dengan lebih baik setelah memegang satu jawatan sahaja dan menumpukan sepenuh perhatian pada tugas yang baru sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Monday 10 December 2012

Wanita & Wanita


Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu hadis wanita diakhir zaman.Perkongsian ini sekadar mengingati diri dan antara kita tentang dunia yang kita duduki sekarang sudah sampai ke penghujungnya.Jadi kita selaku umat Nabi Muhammad S.A.W harus mempertingkatkan amalan agar tergolong dalam golongan orang yang soleh dan solehah.




HADIS MENGENAI WANITA DIA AKHIR ZAMAN

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." (Abu Hurairah r.a)

Seperti yang saya lihat di luar sana pelbagai macam perwatakan wanita di akhir zaman ini.Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 golongan iaitu:-

KUAT

-Wanita yang kuat dalam menghadapi ujian allah di akhir zaman ini dengan istiqamah dalam cara berpakaian dan perwatakan diri iaitu batas pergaulan dengan lelaki serta hormat atau taat akan perintah suami.Selain.wanita yang kuat dalam menjaga maruah diri agar tidak tercemar dengan bisikan syaitan laknatullah.

LEMAH

-Wanita yang tidak menjaga aurat diri dan batas pergaulan akibat leka akan dunia yang begitu indah di akhir zaman ini.Selain itu,ada yang tidak dapat menjaga maruah diri dengan bertindak menjadi pelacur di luar san demi menyara  diri atau kepuasan diri semata-mata.wanita yang lemah untuk menerima ajaran agama dan hanya islam pada KAD PENGENALAN sahaja.




Sekadar ini sahaja perkongsian saya.Saya memohon maaf andai tersalah dalam POST ini.Saya berharap agar masyarakat di luar sana terutama wanita,ayuh bangun kembali dan bangkit semula seperti perjuangan wanita terdahulu iaitu saidatina khadijah,fatimah az zahra,asma binti yazid,sumaiyah binti abi suffian dan sebagainya dalam memperjuang akan agama islam yang tercinta.

Friday 7 December 2012

Dakwah


Hari ini saya ingin berkongsi degan kamu semua pasal dakwah.Seringkali diluar sana kita dengar mengenai dakwah.Sekarang seperti mana yang kita ketahui bahawa dakwah banyak dianjurkan melalui pelbagai medium samada secara maya atau realiti (internet /ceramah laa...).Jadi saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa itu dakwah yang saya faham?

dakwah dan dakwah...

APA ITU DAKWAH?
Dakwah biasanya bererti mengajak kepada IslamBahasa Arab Ø¯Ø¹ÙˆØ© dakwah bermakna secara harfiah "menyeru" atau "mengajak",dimaksudkan juga sebagai “memanggil” atau “menjemput”. Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar sebagai da'i, jamaknya du'at. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan Islam dengan suatu mubaligh. Dalam teologri Islam, tujuan Dakwah adalah untuk menjemput orang, yang Islam dan bukan Islam, untuk memahami penyembahan Tuhan seperti disebutkan dalam al-Quran, dan juga untuk memberitahu mereka berkaitan Nabi Muhammad. Seperti diarahkan ke yang bukan Islam, ia terdiri dari menjelaskan Islam melalui tindakan, perbincangan dan dialog.


Dalam hal in secara jelasnya saya memahami bahawa dakwah adalah mengajak seseorang itu ke arah kebaikan.Contohnya yang kurang baik kepda baik,untuk yang baik kepada yang lebih baik.Selain itu pelbagai medium boleh digunakan dalam berdakwah mengikut arus peredaran zaman antaranya sekarang adalah FACEBOOK atau TWITTER serta BLOG.


(dakwah yang paling mudahhh......)
JOM GI  SOLAT……
JOM GI  KELAS……
(INI ADALAH SUATU DAKWAH DENGAN MENGAJAK SESEORANG BERBUAT BAIK IAITU BERIBADAH DAN MENUNTUT ILMU)
Jadikan ia sebagai satu medium untuk mentarbiyahkan diri kepada menjadi lebih baik dalam menuntut syariat islam.


Monday 3 December 2012

madah malam hari 3/12/12


Hari ini saya nak berkongsi pasal madah kata yang berhikmah yang diambil dari pelbgai buku.Saya rasa kata-kata yang digarapkan ini begitu indah dan bermakna buat diri kita...(uhuhuhuh)



Yang menjadi perasaan cinta jadi palsu dan kepada perasaan semacam itu pahit getir dan tak tentu itu kerana kita mendorongkan terlalu jauh dan membimbangkan terlalu maju.
(rasullullah)

Takut kepada allah menyebabkan sakit,rindu betemu denganNya telah membakarku,cinta telah membunuhku dan allah menghidupkanku.
(dzun nun al-misri)

Bandingan orang mukminin pada cinta yang mencintai dan kasih mengasihi dan lemah lembut dan perhubungan mereka seumpama satu badan
(rasulullah)

Cintailah orang tua sebelum kita mencintai seseorang kekasih.-maksud hadis
Betapa cinta seseorang itu terhadap seorang perempuan cantik,kalau difikirkan akhir akibat perempuan itu akan kuranglah cintanya.-hukama

Cinta dibahagikan dua menjadi satu sedang cinta yang tidak terbahagi sentiasa menjadi setengah.
(frans stelzhamer )

Cinta adalah kata-kata indah yang boleh dirumuskan manusia .oleh itu berhati-hati dan berlaku jujur kerana cinta datag dan pergi tanpa diduga.
(dante)

Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi perkerti mereka.ssungguhnya anak-anak itu adalah haidah Allah kepadamu.
(hadis)

tatkala nyawa di hujung usia
tatkala umat yang akan ditinggalkan 
tidak tahu bagaimanakah nasibya 
tergenang air jernih di kelopak mata
apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan 
buat umat yang terkemudian....(bgi saya kata ini sungguh menusuk ke sanubari)

Jadi inilah sekadar perkongsian saya,buat tatapan anda semua demi meraih semangat dalam diri agar lebih maju ke hadapan. 

2/12/2012

saya hari ini nak cite psal sejarah apa yang berlaku di sebalik 2/12.Ini kerana saya ingin menceritakan psal tarikh yang bertetapan dengan hari saya buat blog.saya tahu psal sejrah memang malas nak dibaca.Tapi ini sekadar perkongisian ilmu antara kita.........(heehehe)

HARI INI DALAM SEJARAH (2/12/2012) 






MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ISTIMEWA IKTISAD MELAYU

 Pada hari ini dalam tahun 1952, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang, telah diadakan di Kuala Lumpur. Tujuan pembentukan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat tentang kelemahan orang-orang Melayu di bidang ekonomi. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Jeneral Sir Gerald Templer, telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu untuk mengkaji ekonomi orang-orang Melayu. Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang dianggotai oleh tujuh orang ahli jawatankuasa. Antaranya ialah Ungku Abdul Aziz, Datuk Thuraisangam, Tengku Yaakob, Datuk Mahmud bin Mat dan Datuk Onn Jaafar. Datuk Panglima Bukit Gantang telah membuat kenyataan akhbar meminta dan merayu pakar-pakar ekonomi supaya memberikan cadangan, syor dan pandangan mereka kepada jawatankuasa tersebut. Cadangan tersebut adalah berkaitan perkara orang-orang Melayu yang tidak berpeluang melibatkan diri sepenuhnya dalam lapangan ekonomi dan perniagaan. Sesungguhnya, mesyuarat tersebut telah memberi peluang kepada orang Melayu untuk memberi cadangan di samping meninggikan iktisad orang-orang Melayu bagi mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang bersatu.


PENUBUHAN INSTITUT PENGAJIAN STRATEGI DI KUALA LUMPUR

Bidang penyelidikan memainkan peranan yang penting kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia.  Menyedari hakikat ini, pelbagai pusat penyelidikan telah ditubuhkan di negara ini. Pada hari ini 2.12.1982, kabinet telah meluluskan Institut Pengajian Strategi di Kuala Lumpur.  Pengumuman penubuhan Institut Pengajian Strategik ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika menyampaikan diploma Maktab Tentera Angkatan Tentera. Institut ini akan dipengerusikan oleh Tun Hussein Onn bekas Perdana Menteri Malaysia.  Tujuan penubuhan Institut ini ialah untuk mengkaji pergolakan dan perkembangan politik serta ekonomi dunia.   Hasil daripada kajian Institut ini akan dijadikan landasan kepada pembentukan dasar di negara ini. Diharap dengan adanya Institut Strategik ini, akan melahirkan pelbagai dasar yang akan menjadikan negara ini setanding dengan negara-negara maju yang lain serta dapat menyesuaikan keperluan-keperluan semasa negara.


Terima kasih kerana sudi membaca dan ini sebagai salah satu penambah ilmu bagi diri kamu sakalian.  (VIEWER) 

Sunday 2 December 2012

Pertama Bagiku

 Hari ini titik permulaan bagi diri saya dalam memasuki alam  Blogger.2/12/2012,merupakan kombinasi nombor yang menarik bagi saya pada bulan 12 tahun ini.Jadi saya memilih tarikh ini sebagai permulaan dalam memasuki ke alam BLOG.Orang cakap kalau dah ada blog...rajin2 la kemaskini blog tu.Saya akan cuba mengemaskini blog saya sekiranya ada masa terluang.Tujuan saya berblog bukan apa sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati.Selain itu saya jugak ingin berkongsi maklumat mengenai islam dan sebagainya agar dengan berblog ini dapat saya tambahkan ilmu kepada yang lain di luar sana melalui POST dan juga peringatan buat diri saya.

langkah permulaan dalam BLOG...


Pelbagai persoalan yang timbul dalam diri saya sebelum mula berblog.Saya terfikir samaada apa yang terbuku di hati saya ini,baik saya sampaikan melalui cara blog.




Akhir sekali,saya berharap segala POST saya dalam blog ini dapat menjadi sebagai penambah ilmu baru bagi VIEWER yang melihat nya.Saya anggap BLOG ini sebagai medan saya menyampaikan maklumat yang berguna buat semua dalam pelbagai aspek yang diperlukan samaada duniawi atau ukhrawi.