Pages

Friday 7 December 2012

Dakwah


Hari ini saya ingin berkongsi degan kamu semua pasal dakwah.Seringkali diluar sana kita dengar mengenai dakwah.Sekarang seperti mana yang kita ketahui bahawa dakwah banyak dianjurkan melalui pelbagai medium samada secara maya atau realiti (internet /ceramah laa...).Jadi saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa itu dakwah yang saya faham?

dakwah dan dakwah...

APA ITU DAKWAH?
Dakwah biasanya bererti mengajak kepada IslamBahasa Arab دعوة dakwah bermakna secara harfiah "menyeru" atau "mengajak",dimaksudkan juga sebagai “memanggil” atau “menjemput”. Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar sebagai da'i, jamaknya du'at. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai persamaan Islam dengan suatu mubaligh. Dalam teologri Islam, tujuan Dakwah adalah untuk menjemput orang, yang Islam dan bukan Islam, untuk memahami penyembahan Tuhan seperti disebutkan dalam al-Quran, dan juga untuk memberitahu mereka berkaitan Nabi Muhammad. Seperti diarahkan ke yang bukan Islam, ia terdiri dari menjelaskan Islam melalui tindakan, perbincangan dan dialog.


Dalam hal in secara jelasnya saya memahami bahawa dakwah adalah mengajak seseorang itu ke arah kebaikan.Contohnya yang kurang baik kepda baik,untuk yang baik kepada yang lebih baik.Selain itu pelbagai medium boleh digunakan dalam berdakwah mengikut arus peredaran zaman antaranya sekarang adalah FACEBOOK atau TWITTER serta BLOG.


(dakwah yang paling mudahhh......)
JOM GI  SOLAT……
JOM GI  KELAS……
(INI ADALAH SUATU DAKWAH DENGAN MENGAJAK SESEORANG BERBUAT BAIK IAITU BERIBADAH DAN MENUNTUT ILMU)
Jadikan ia sebagai satu medium untuk mentarbiyahkan diri kepada menjadi lebih baik dalam menuntut syariat islam.


No comments:

Post a Comment