Pages

Monday 3 December 2012

2/12/2012

saya hari ini nak cite psal sejarah apa yang berlaku di sebalik 2/12.Ini kerana saya ingin menceritakan psal tarikh yang bertetapan dengan hari saya buat blog.saya tahu psal sejrah memang malas nak dibaca.Tapi ini sekadar perkongisian ilmu antara kita.........(heehehe)

HARI INI DALAM SEJARAH (2/12/2012) 






MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ISTIMEWA IKTISAD MELAYU

 Pada hari ini dalam tahun 1952, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang, telah diadakan di Kuala Lumpur. Tujuan pembentukan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat tentang kelemahan orang-orang Melayu di bidang ekonomi. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Jeneral Sir Gerald Templer, telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu untuk mengkaji ekonomi orang-orang Melayu. Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang dianggotai oleh tujuh orang ahli jawatankuasa. Antaranya ialah Ungku Abdul Aziz, Datuk Thuraisangam, Tengku Yaakob, Datuk Mahmud bin Mat dan Datuk Onn Jaafar. Datuk Panglima Bukit Gantang telah membuat kenyataan akhbar meminta dan merayu pakar-pakar ekonomi supaya memberikan cadangan, syor dan pandangan mereka kepada jawatankuasa tersebut. Cadangan tersebut adalah berkaitan perkara orang-orang Melayu yang tidak berpeluang melibatkan diri sepenuhnya dalam lapangan ekonomi dan perniagaan. Sesungguhnya, mesyuarat tersebut telah memberi peluang kepada orang Melayu untuk memberi cadangan di samping meninggikan iktisad orang-orang Melayu bagi mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang bersatu.


PENUBUHAN INSTITUT PENGAJIAN STRATEGI DI KUALA LUMPUR

Bidang penyelidikan memainkan peranan yang penting kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia.  Menyedari hakikat ini, pelbagai pusat penyelidikan telah ditubuhkan di negara ini. Pada hari ini 2.12.1982, kabinet telah meluluskan Institut Pengajian Strategi di Kuala Lumpur.  Pengumuman penubuhan Institut Pengajian Strategik ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika menyampaikan diploma Maktab Tentera Angkatan Tentera. Institut ini akan dipengerusikan oleh Tun Hussein Onn bekas Perdana Menteri Malaysia.  Tujuan penubuhan Institut ini ialah untuk mengkaji pergolakan dan perkembangan politik serta ekonomi dunia.   Hasil daripada kajian Institut ini akan dijadikan landasan kepada pembentukan dasar di negara ini. Diharap dengan adanya Institut Strategik ini, akan melahirkan pelbagai dasar yang akan menjadikan negara ini setanding dengan negara-negara maju yang lain serta dapat menyesuaikan keperluan-keperluan semasa negara.


Terima kasih kerana sudi membaca dan ini sebagai salah satu penambah ilmu bagi diri kamu sakalian.  (VIEWER) 

No comments:

Post a Comment