Pages

Monday 10 December 2012

Wanita & Wanita


Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu hadis wanita diakhir zaman.Perkongsian ini sekadar mengingati diri dan antara kita tentang dunia yang kita duduki sekarang sudah sampai ke penghujungnya.Jadi kita selaku umat Nabi Muhammad S.A.W harus mempertingkatkan amalan agar tergolong dalam golongan orang yang soleh dan solehah.




HADIS MENGENAI WANITA DIA AKHIR ZAMAN

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." (Abu Hurairah r.a)

Seperti yang saya lihat di luar sana pelbagai macam perwatakan wanita di akhir zaman ini.Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 golongan iaitu:-

KUAT

-Wanita yang kuat dalam menghadapi ujian allah di akhir zaman ini dengan istiqamah dalam cara berpakaian dan perwatakan diri iaitu batas pergaulan dengan lelaki serta hormat atau taat akan perintah suami.Selain.wanita yang kuat dalam menjaga maruah diri agar tidak tercemar dengan bisikan syaitan laknatullah.

LEMAH

-Wanita yang tidak menjaga aurat diri dan batas pergaulan akibat leka akan dunia yang begitu indah di akhir zaman ini.Selain itu,ada yang tidak dapat menjaga maruah diri dengan bertindak menjadi pelacur di luar san demi menyara  diri atau kepuasan diri semata-mata.wanita yang lemah untuk menerima ajaran agama dan hanya islam pada KAD PENGENALAN sahaja.




Sekadar ini sahaja perkongsian saya.Saya memohon maaf andai tersalah dalam POST ini.Saya berharap agar masyarakat di luar sana terutama wanita,ayuh bangun kembali dan bangkit semula seperti perjuangan wanita terdahulu iaitu saidatina khadijah,fatimah az zahra,asma binti yazid,sumaiyah binti abi suffian dan sebagainya dalam memperjuang akan agama islam yang tercinta.

No comments:

Post a Comment