Pages

Monday 31 December 2012

31/12/2012 ---> 1/1/2013


31/12/2012 bersamaan 18 safar 1434 genap setahun bagi tahun 2012.Jadi pelbagai azam mesti dihajati oleh kita semasa tahun 2012 samaada ingin berjaya,mendapat sesuatu hadiah dari sesorang yang tersayang dan melakukan perkara yang dapat mengubah diri menjadi lebih berketrampilan.Tak kira kira apapun azam yang ingin dicapai,jadi selaku umat Islam yang penting ialah taat akan perintah allah serta meninggalakan apa yang dilarang (peringtan buat diri dan semua pembaca blogger ini).




Jadi seperti biasa saya akan berkongsi sejarah yang berlaku di sebalik 31 disember :

PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1932,   buat  kali   pertama   waktu Persekutuan Tanah Melayu   telah  diubah  buat  kali  pertama  dari  jam  11.40 minit  malam  kepada  jam  12.00  malam.  Perubahan  waktu  ini  menjadikan  waktu  Persekutuan  Tanah  Melayu  7  jam  20  minit lebih awal  dari  Waktu  Greenwich.  Namun  pada  1  September  1941,  sekali  lagi  waktu  Persekutuan  Tanah  Melayu  telah diubah dengan dipercepatkan  10  minit  bagi  menyelaraskan  waktu  tempatan  dengan waktu  antarabangsa.  Sewaktu  pemerintahan  Jepun,   waktu  Tanah Melayu  ditukar  lagi  mengikut  waktu  Tokyo  iaitu  2  jam  lebih  awal.  Waktu  tersebut  digunakan  hingga  tamatnya  pemerintahan  tentera Jepun  pada  tahun  1945.  Waktu  Persekutuan  Tanah  Melayu  digunakan  semula  sehingga 31  Disember  1981  apabila  kerajaan  Malaysia dengan  rasminya  telah mempercepatkan  waktu  Malaysia  sebanyak  30  minit.  Langkah  itu  diambil  untuk  menyeragamkan  waktu  di antara  Sabah,  Sarawak  dan  Semenanjung.  Berikutan  perubahan  itu,  waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan  waktu  Malaysia  kepada  8  jam  awal  dari  waktu  Greenwich.  Sesungguhnya  peristiwa  perubahan waktu  ini  memberi  erti yang  besar  dan  bersejarah  kepada  rakyat  Malaysia.

BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK TUJUH SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Pada hari ini 31.12.1960, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan kepada tujuh buah Sekolah Agama Rakyat Cawangan Al-Ulum Batu 20, Telok Anson. Ketika menyampaikan berita tersebut, Ustaz Salleh Othman selaku Pegawai Perhubungan sekolah-sekolah Agama Rakyat Persekutuan menjelaskan bahawa bantuan tersebut diberikan bagi tujuan memajukan lagi sekolah-sekolah agama di Persekutuan. Beliau juga memberitahu bahawa 70% daripada bantuan itu adalah untuk membayar gaji guru-guru sementara 30% lagi adalah untuk kemajuan sekolah. Untuk memperolehi bantuan tersebut sekolah-sekolah berkenaan hendaklah mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Di antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi ialah:
  • membuat peraturan sekolah seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan.
  • belajar 196 hari setahun
  • murid-murid dicampurkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru sekiranya murid di asingkan mengikut jantina.
  • guru dan ibubapa sanggup bekerjasama untuk kemajuan pelajaran dan sekolah.
Bantuan yang diberikan ini sesungguhnya menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan turut melaksanakan usaha ke arah memajukan lagi sekolah-sekolah Agama Rakyat. 




Jadi ini sekadar perkongsian saya hari ini semoga 2012 lebih bermakna buat semua dan 2013 yang datang adalah pemangkin semangat dalam diri untuk menjadi umat terbaik di dunia dan akhirat.


Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
  

No comments:

Post a Comment