Pelbagai persoalan timbul dalam benak hati saya
mengenai manusia sekarang.Saya melihat pelbagai sikap dapat diperhatikan. Betul
bak kata pepatah Melayu "rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Saya berasa
simpati apabila manusia yang rakus dan berperwatakkan binatang di luar sana. Apakah
dalam diri itu tidak sedar untuk menerima petunjuk kembali ke jalan yang benar?.Ramai
Melayu islam di luar sana yang terdapat
di negara malaysia.Tak semua Melayu itu islam. Sungguh untung dapat saya lihat
manusia yang lahir dari perut ibu itu adalah islam.Saya melihat sekarang orang
yang baru menerima islam (muallaf) lebih hebat dari islam yang dari asalnya
tercipta di atas muka bumi ini.
Saya terbaca satu kisah..…
Persoalan nya sejauh mana beza nya saya sekarang
dengan bayi yang baru lahir itu?ini kerana bayi yang baru lahir itu tidak
berdosa dan sekarang kita bagaimana?.sekarang ini kita hidup dalam diri kita
yang palsu, dan diri yang palsu itu adalah ego kita. Di rumah perangai kita
lain ,di tempat kerja perangai kita lain jadi sudah jauh benar bezanya kita dengan
bayi ,iaitu kita yang sebenar.
Makcik itu pun meneruskan lagi penerangannya kepada
jururawat yang mendengar itu..
Jadi mengapa kita sekarang menjadi diri yang palsu? sebab
kita lebih mengambil kira pandangan manusia ke atas diri kita berbanding
mengambil kira pandangan Allah. Kita terlalu fokuskan kehidupan kita pada apa yang orang kata, bukan yang Allah kata .Oleh
sebab itulah dengan melihat bayi-bayi di sini saya berasa tenang.
Jururawat itu tertanya dalam diri apa yang makcik itu
katakan. Namun yang pasti saya sekarang melihat bayi dengan pandangan yang jauh
berbeza daripada sebelum nya bukan lagi melihat pada comelnya tetapi juga
melihat pada aslinya diri daya dahulu.
(dipetik dari buku Padanya Ada Hikmah ,Karya Prof Dr.
Muhaya Mohammad dan Baharuddin Bakeri) RM13.00
Belilah buku ini kerana dalam nya terdapat pelbagai
mesej buat pedoman diri untuk menjadi umat islam yang cemerlang di dunia dan
akhirat.
Jadi kita lihat aslinya ALLAH jadikan manusia penuh
kesucian tanpa titik noda hitam dalam hati. Tetapi sekarang penuh dengan 1001
macam sifat dalam diri sehinggakan yang sekeliling ada yang menghembus kebencian
pada diri kita atas sikap kita. Jadi di sini saya berpesan kepada diri dan semua agar
kita dapat kembali ke matlamat asal kejadian kita iaitu mencari redha Allah dan
taat akan perintahnya. Semoga dalam diri kita dapat nur islam dan iman agar
kelak menjadi mukmin yang bertakwa.
Carilah ILMU itu sehingga jangan lupa BERIBADAH,
dan BERIBADAHLAH
sehingga jangan lupa mencari ILMU.
No comments:
Post a Comment