Disaat negara hari ini menyambut sambutan kemerdekan yang ke 58,terdetik dalam diri untuk mengemaskini blog untuk tatapan pembaca.Kali ini perkongsian lebih terjurus kepada menghayati atau memahami konsep kemerdekaan dalam sudut pandang agama Islam.Biarlah diri sentiasa menjadi Islam panduan dan Al-quran serta hadis sebagai rujukan dam kehidupan seharian.Moga yang sedikit dapat memberi yang terbaik buat diri kita dam meniti merdeka dari jahiliyyah dan pelbagai yang menghalang memperoleh redha Allah.InsyaAllah....
HAKIKAT
KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Kemerdekaan
sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia
dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak
daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang hanyalah untuk
sesuatu yang dinamakan kemerdekaan. Tetapi hingga kini, masih ramai dikalangan
bangsa yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Kehidupan mereka zahir dan
batin terbelenggu dalam penjajahan.Segala-galanya disekat dan dijajah
termasuklah kehidupan untuk beragama dan tunduk kepada Allah Ta'ala dengan
penuh ketenangan.
Berjihad
dan berkorban dengan jiwa dan raga untuk memerdekakan negara dari belenggu
penjajahan adalah di antara sifat-sifat yang mulia dan disanjung tinggi oleh
Islam. Oleh itu, dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita ,
generasi yang hidup di zaman ini janganlah melupakan pengorbanan para pejuang
kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Disebabkan cetusan
semangat para pejuang inilah maka kita dapat hidup di zaman ini dan merasai
nikmat perjuangan mereka. Justeru itu, sebagai umat yang berhemah tinggi dan
berakhlak, kita merasa terpanggil untuk menghormati dan mengenang kembali jasa
pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup atau yang telah gugur di medan
perjuangan.
Kedatangan
Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Islam
menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka daripada belenggu
jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala, membebaskan diri daripada
perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh.
Islam
dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan semuanya menjurus kepada
maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat semasa perkembangan awal Islam
di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah membawa kemakmuran kepada
Negara Madinah dan memerdekakan Kota Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy.
Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin yang banyak
memerdekakan negara dari cengkaman kekufuran.
Islam
juga yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain bermaksud bebas daripada
keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam talah berjaya
menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada perhambaan
sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang diselaputi oleh
syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.
Seorang
penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya yang bermaksud:
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"
Justeru
itu, umat Islam hendaklah sentiasa berazam untuk membebaskan diri
daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan wibawa kamanusiaan kerana
sifat-sifat yang demikian itu amat dimurkai Allah dan akan hanya menyebabkan
manusia terpenjara di bawah arahan nafsu dan telunjuk syaitan. Dan lebih jauh
dari itu, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah Ta'ala agar
mendapat keredhaanNya dan terlepas daripada siksaan api neraka yang bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan. Inilah dia nilai sebenar
kemerdekaan yang diajarkan oleh agama kita.
Wallahu
a'lam.
http://www.al-azim.com/masjid/hakikatmerdeka.html
"MERDEKA DARI AHILIYYAH,AGAR KELAK DIREDHAI ALLAH"