Pages

Thursday 17 January 2013

Asal Dahulu Dan Bagaimana Sekarang?



Pelbagai persoalan timbul dalam benak hati saya mengenai manusia sekarang.Saya melihat pelbagai sikap dapat diperhatikan. Betul bak kata pepatah Melayu "rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Saya berasa simpati apabila manusia yang rakus dan berperwatakkan binatang di luar sana. Apakah dalam diri itu tidak sedar untuk menerima petunjuk kembali ke jalan yang benar?.Ramai Melayu islam di luar sana  yang terdapat di negara malaysia.Tak semua Melayu itu islam. Sungguh untung dapat saya lihat manusia yang lahir dari perut ibu itu adalah islam.Saya melihat sekarang orang yang baru menerima islam (muallaf) lebih hebat dari islam yang dari asalnya tercipta di atas muka bumi ini.




Saya terbaca satu kisah..…
Persoalan nya sejauh mana beza nya saya sekarang dengan bayi yang baru lahir itu?ini kerana bayi yang baru lahir itu tidak berdosa dan sekarang kita bagaimana?.sekarang ini kita hidup dalam diri kita yang palsu, dan diri yang palsu itu adalah ego kita. Di rumah perangai kita lain ,di tempat kerja perangai kita lain jadi sudah jauh benar bezanya kita dengan bayi ,iaitu kita yang sebenar.
Makcik itu pun meneruskan lagi penerangannya kepada jururawat yang mendengar itu..
Jadi mengapa kita sekarang menjadi diri yang palsu? sebab kita lebih mengambil kira pandangan manusia ke atas diri kita berbanding mengambil kira pandangan Allah. Kita terlalu fokuskan kehidupan kita pada apa  yang orang kata, bukan yang Allah kata .Oleh sebab itulah dengan melihat bayi-bayi di sini saya berasa tenang.
Jururawat itu tertanya dalam diri apa yang makcik itu katakan. Namun yang pasti saya sekarang melihat bayi dengan pandangan yang jauh berbeza daripada sebelum nya bukan lagi melihat pada comelnya tetapi juga melihat pada aslinya diri daya dahulu.

(dipetik dari buku Padanya Ada Hikmah ,Karya Prof Dr. Muhaya Mohammad dan Baharuddin Bakeri) RM13.00



Belilah buku ini kerana dalam nya terdapat pelbagai mesej buat pedoman diri untuk menjadi umat islam yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Jadi kita lihat aslinya ALLAH jadikan manusia penuh kesucian tanpa titik noda hitam dalam hati. Tetapi sekarang penuh dengan 1001 macam sifat dalam diri sehinggakan yang sekeliling ada yang menghembus kebencian pada diri kita atas sikap kita. Jadi di sini saya berpesan kepada diri dan semua agar kita dapat kembali ke matlamat asal kejadian kita iaitu mencari redha Allah dan taat akan perintahnya. Semoga dalam diri kita dapat nur islam dan iman agar kelak menjadi mukmin yang bertakwa.


Carilah ILMU itu sehingga jangan lupa BERIBADAH,
dan BERIBADAHLAH sehingga jangan lupa mencari ILMU.