Seperti
yang diketahui umum,bahawa Negara Malaysia sekarang hangat bukan dengan cuacanya tetapi
hangat akan bahang pilihan raya umum yang ke 13.Setiap parti yang yang bertanding tidak kira kerajaan mahupun parti
pembangkang giat dalam menjalan kempen untuk PRU 13.Kalau dilihat di sekeliling
jalan pasti segenap ruang itu dipenuhi dengan warna bendera parti yang
bertanding.Tarikh 5 mei 2013 menjadi satu detik buat rakyat Malaysia dalam memilih
pemimpin unuk mentadbir Negara.Tarikh itu dipilih untuk rakyat dalam proses
pembuangan undi bagi parlimen atau dun masing-masing.Oleh yang demikian,kita sebagai
rakyat haruslah bijak dalam memilih pemimpin bagi mentadbir
Negara Malaysia ini.Selain itu,suasana kempen yang aman serta pembuangan undi
yang berjalan lancar diharapkan berlaku pada tarikh tersebut.Biarpun kita ini
di mana parti sekalipun diharap politik yang bersih dan telus diamalkan tanpa ada
sebarang provokasi.Walaupun hidup dengan berlainan parti diharap kita dapat duduk
semeja dan tidak ada perbalahan sesama sendiri. Oleh itu saya bawakan sedikit video dan gambar yang berkaitan dengan kehangatan PRU 13 yang akan tiba ini.
Sebagai pengakhiran kata, saya berharap
agar rakyat bijak memilih pemimpin dan yang terbaik itu pilihlah pemimpin yang
memberi kesejahteraan dan menaikkan agama islam serta pemimpin yang memimpin berlandaskan
syariat islam tanpa ada korupsi atau sebarang kezaliman terhadap rakyat. Jadikan
manifesto parti itu, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang sebagai medium
memilih yang mana membawa kesenangan dan kesejahteraan Negara di masa akan
datang berbanding yang menjatuhkan ekonomi Negara kita di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment