Alhamdulilah,hari
ini dan ketika ini saya ingin berkongsi madah inspirasi dari seorang yang
terkenal di kaca tv mahupun melalui penulisan buku iaitu Prof Dr. Muhaya
Mohamad.Madah ini diambil dari muka bukunya untuk dikongsi dan disampai melalui
blog saya.Beliau menjadi inspirasi buat diri saya kerana setiap yang
disampaikan itu memberi seribu makna buat diri.Diharapkan dengan perkongsian
ini dapat kita menambah ilmu seterusnya supaya menjadi mumin yang berjaya.
CELIK
HATI,POSTIF DIRI....(^.^)
-"Jika
ingin tenang, buang sikap perasaan memiliki dan dimiliki tapi timbulkan sifat
ketuhanan dan kehambaan"
-"Perkataan
yang paling baik adalah doa berterusan
-"Cinta
kepada makhluk akan berakhir, cinta kepada Allah akan kekal selamanya"
-"Setiap
manusia mempunyai paradigma. Paradigma ialah cara kita berfikir dan benda yang
orang tidak boleh kawal dalam diri iaitu cara emosi kita bertindak balas dengan
apa yang berlaku. Oleh itu untuk mengubah paradigma maka seseorang itu harus
ada tujuan hidup yang diinginkan. Ubahlah sikap yang negatif kepada positif dan
akhir sekali bertaqwalah pada Allah s.w.t."
-RAhmat
Allah sentiasa kita kecapi- Semoga kita mempunyai sifat penuh rahmah sesama
makhluk
-"Setiap
manusia menjalani kehidupan yang berbeza. Apabila fokus utama kita hanyalah
kepada apa yang dinilaikan baik disisi Allah, maka buatlah apa yang disuruh
oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang maka hidup kita akan sempurna dan
berjaya InsyaAllah".
-"Hiduplah
di dunia ini sebagai destinasi untuk memberi, hiduplah di akhirat sebagai
tempat untuk menerima".
-Semoga
kita menjaga setiap fikiran perkataan dan perbuatan kitadan bersangka baik
-Kualiti
hidup bergantung pada kualiti fikiran
-Jika
kita payah nak buat baik dan bermanafaat besar kemungkinan Ada penyakit hati
No comments:
Post a Comment