Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya. Sudah lama tidak mengemaskini blog saya dan hari ini ada satu perkongsian yang saya petik dari status FB seorang ustaz iaitu Dato Tuan Ibrahim Bin Tuan Man. Moga pembaca sekalian dapat mengambil pengajaran dari kisah dan dapat dikongsi bersama buat rakan lain.InsyaAllah..moga apa yang terbaik manfaat buat diri dalam menyebar serta menegakkan agama Islam.
Petang itu kedengaran
rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku
kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena
pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus
bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas
berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku
terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena
hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap,
segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja
tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena
panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding
menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung
aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku
tak ada semua tak guna,“ jawab dinding dan semua tersenyap.
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau
bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang
diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain.
Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja.
Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah
diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.
Senyum.
No comments:
Post a Comment